Saturday, May 16, 2009

Hari ini Hari Guru!!!!

Arini 16 May, hari yg penting (actually setiap hari pun penting!) untuk insan yg bergelar guru termasuklah aku. Hari ini Hari Guru!Malangnya untuk tahun ini, aku tak dapat menyambut hari guru bersama kawan2 dan pelajar2 aku kerana masih lagi bercuti....
Teringat pula kenangan menjalani KPLI di M4P....bersama kawan2 mendaki bukit2 untuk ke kelas..masa tu kurus giler...hehehe..seronoknya waktu di M4P...kawan2 pun best sangat....Grup LIBIO...teringat waktu BIG di Langkawi..tulah first time aku naik kabel car..hu...takutnyer..(first n last!), kenangan menjalani kursus pengakap muda (thanx to my grup,korang banyak cover aku) dan macam2 lagi...sesungguhnya ia kenangan yg terindah dalam hidupku...
Hari ni aku dan kawan2 LIBIO dah hampir 5 tahun bergelar pendidik. Besar pahalanya menjadi pendidik dan ia sangat dekat dihatiku.
Hari ni aku dah berjaya melihat anak2 didikku di Pre University SSBJ (badge by badge) bergelar siswasiswi di UPM...Cikgu doakan korang sumer berjaya....berjaya di dunia dan akhirat.
Untuk kawanku di M4P kutitipkan sajak khusus untuk korang sumer....

1 comment: