Thursday, April 23, 2009

Safeeya oh Safeeya



Safeeya oh Safeeya.....apasal la tak nak tido..ibu letih arini...huhu....

Doa For You.....


Salam buat sume... Tadi tgh online, tetiba Din (studentku) bertanya ,"cikgu ade update blog tak?". Wah....nampaknya ada gak student2ku yg mengikuti perkembangan blog aku nih...hehe...anyway thank you Din. Bercerita pasal student, aku agak sayu skit sbb aku tak berkesempatan berjumpa dgn student2ku yg bakal menamatkan study di SSBJ dan bakal bergelar mahasiswa UPM..Insya Allah... Yelah, aku sedang cuti bersalin disaat studentku bergelut dengan buku...maafkan cikgu, cikgu harap Amira, Ming Chang, Raj, Koo dan Ashraf buat yg terbaik utk final exam nanti...tak lupe buat anak muridku sejak dr tingkatan 4 lagi, Fatin, Fong Wei, Mahali(walaupun dah sombong) terasa manis sungguh kenangan bersama korang sumer....sedih la plak cikgu ni...waktu mengajar korang sumer adalah waktu yg paling cikgu hargai... Cikgu doakan kamu sumer berjaya.....(macam cikgu,hehehe...). Haa...aku bercadang nak buat makan2 sikit utk diorang nih...cam dolu2 waktu ngan kelas 5A1...kat KFC...best sgt..nanti leh bawak Safeeya...mesti dia suka.... Anyway....doa for my student....
Ya Allah,
The person reading this
is beautiful, classy and

strong, and I love them

Help their live their life to the fullest.

Please promote them and cause them to excel above their expectations.

Help they shine in the darkest places where it is impossible to love.

Protect them at all times, lift them up when they needs you the most,

and

let they know when they walk with you,

They will always be safe.
Amin Ya Rabbal Alamin









Tuesday, April 21, 2009

Hypertension vs Hypotension



Salam buat sume teman2....
Hari ini dah tak panas mcm hari2 sebelum nih...sebabnyer, hari ni hujan...Alhamdulillah...ingat hari nih nak p beli diapers Safeeya tp ayah dah beli...skrg nih dia dah pakai saiz S...badan pun dah montel ckit...pastu dia ada perangai baru,asal menguap,asal mengeliat nak mengamuk2...letak atas tilam dia terus meraung, bila angkat didukung automatik diam n bleh senyum2...letak balik mengamuk...hee...sikecik ni hari2 mesti ada perangai baru...

Takpelah....

Tengok pic Safeeya tgh tido pesen baru...rasa letih arini, blood pressure rendah lagi, smlm check 75/47 hari nih 80/52..hai..tak tau nak buat apa lagi...multivitamin makan,susu pun minum....try makan lebih garam pun x jalan gak...memang kena hypotension la, patut asyik rasa cam melayang2 jer...

Stop sini la dulu, rasa mengantuk....huhu

Sunday, April 19, 2009

Wajah2 Nur Safeeya Batrisya








Al kisah hari ini


Salam buat sume teman2...

6 April lepas aku dah genap 29 thn...rasa cam tak percaya je aku dah tua..tp kena percaya dan terima hakikat jgk yg aku dah tua..hehehe.....tahun ni dapat hadiah paling bermakna dari Allah...Alhamdulillah...
Hari ini, konon2 nak bawak Safeeya p cucuk utk imunisasi yg ke 2 Hepatitis, tup2, klinik tu hanya cucuk hari Rabu...so baliklah..
Boring betoi la arini.....apa nak buat...asyik berkeliaran dlm rumah,ke depan ke belakang nak kuar mak tak bg..."tak cukup hari lg, jgn dok gatai2 kuaq, amboi tak tahan dolat dah....",kata mak aku.
Terperap la aku kat rumah ngan adik2 n baby tersayang.hehehe...


p/s : nak p tido la, tiap2 mlm x dpt tido sjk ada Safeeya...

Titipan buat seseorang bergelar suami......

Journey Of My Life

Kerja oh kerja


Hari ni dah genap sebulan aku berpantang, nak kena tunggu sebulan lg br bleh p kerja balik...kena pantang lelama skit sebab dah kena ceaser...sekarang ni asyik terliur nak makan sotong, udang n all type of seafood tp hmmm...tengok jelah....takut gatal...telan air liur jelah... Berbalik pada kerja, student2 aku mesti tgh ketaq2 baca buku sebab dah final exam...sian anak muridku....apakan daya cikgu tiada disisi untuk bagi soalan bocor...hopefully, kamu sume dapat menjawab soalan dengan cemerlang...sebut pasal exam nih, aku cukup tak berkenan sejak2 kena combine ngan cikgu Sek Sukan Bandar Penawar utk gabung soalan...buang masa betoi..alih2 soalan aku je yg kuar, soalan diorang takde pun,pastu, student aku dapat markah rendah2, student diorang tinggi2...tak adil la camni, soalan aku yg buat alih2 diorang yg dapat nama....ni la kes lembu punya susu, sapi dapat nama...takpelah.... Nampak gayanya, sampai bila2 pun diorang nampak lebih terror dari SSBJ... Sem depan, aku dah masuk keje,aku bagi tumpuan kat bebudak Sains 3 jelah...Hmmm.....teringat plak kat diorang...

Friday, April 17, 2009

Alahai anak ibu.....



Td hubby tepon...dia ckp ade ler kawan kitorang(actually kwn hubby) ada citer sedih skit...rupa2nya isteri dia keguguran...rasanya 2 bulan..takziah...takpe..mesti ada rezeki di kemudian hari..Ingatlah Allah sentiasa adil.setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmah dan ganjaran yg kita belum tahu..
Berbalik pada Safeeya,semalam dia tak tido...rupanya perut dia kembong..berjaga la ibu dari kul 1 sampai 3,pastu dia tak nak tido....arini dia tido ikut rutin asal dia...bangun bila nak susu, kencing pastu berak...n sambung tido balik...
Ibu cadang nak bagi dia menyusu susu ibu sampai umur dia 2 tahun.InsyaAllah, kalu boleh ler...Susu ibu ni banyak khasiatnya...hopefully dia jadi anak yg sihat, cerdas dan pintar...besok Safeeya dah genap sebulan...rasa cam semalam perut ibu ditoreh2....kalau boleh x nak kena ceaser lagi...sakitnya sekejap...lepas tu besoknya....Allah jelah yg tahu sakitnya...tapi rasa sakit ni vanished cam tu je bila dgr tangisan n muka Safeeya for the first time...
Setakat ni pantang pun cam tak pantang je, asik kena tonggak Polleney je...tp,ibu amik gak multivitamin n minum susu untuk breastfeed baby...yg seronoknya, berat turun ngan cepat bila breastfeed baby, dari jadi doraemon dah back to myself...hehehe.....mesti ayah jeles...ibu tak yah gi jogging...kuangkuangkuang.....

Health...Important Tips

Answer the phone by LEFTear
Do not drink coffee
TWICEa day
Do not take pills with
COOLwater

Do not have
HUGEmeals after 5pm
Reduce the amount of
TEAyou consume
Reduce the amount of
OILYfood you consume
Drink more
WATERin the morning, less at night
Keep your distance from hand phone
CHARGERS

Do not use headphones/earphone for
LONGperiod of time
Best sleeping time is from
10pmat night to 6amin the morning
Do not lie down immediately after taking
medicinebefore sleeping
When battery is down to the
LASTgrid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

AnDa No BeRApA....?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Teringat..............


Td sy chat dengan Fa (Fatimah) kawan yg sama2 tgh buat Master kat UM nun...memandangkan sy tangguh pengajian sbb mengandungkan Safeeya rasa jeles lak bia Fa cakap diorang gi bengkel membina kit pelajaran kat Ipoh...bestnya...xpelah...sem depan bleh jumpa diorang...ayah Safeeya pun tak abis lagi Master dia...nampaknya, setiap hari sabtu terpaksa la ayah bawak Safeeya temankan ibu belajar kat UM...and malam Rabu ibu temankan ayah kat UPM lak ngan Safeeya...hehe.Seronok ada Safeeya...Alhamdulillah...Allah makbulkan doa ibu nak ada baby girl...kena ceaser pun takpe...lama betoi penantian ibu ngan ayah nih...rasa terbayar tertebus ngan kehadiran Safeeya...apapun doa plus usaha plus tawakal,pasti Allah makbulkan....Amin....

hehe...first post

salam...hehe...ni first post dlm blog ni...still no idea lagi tapi publish dulu gambar bb I yg tengah tembam menembam ni...skrg ni tgh lena terlentok atas tilam mahal ayah ngan mak...mengada-ngada betoi...kesian kat ayah dia kat KL tu....tgh rindu2 anak dara dia...hehe...
waaa.........smlm gi klinik sebab bontot dia melecet skit...rupa2nya sebab dia suka berak sebab tu la melecet almaklum le dia menyusu susu paling berkhasiat...ingatkan sebab diaper ke hape...ishk2, safeeya ni dah berat dah naik sekilo...ok...anak dara tu dah bangun...so jumpa lagi nanti

ops!!ada susu kat mulut saya...urmm...yummy!